LAMAN UTAMA arrow MAKLUMAT SEKOLAH
Latar Belakang Sekolah PDF Cetak E-mail
Thursday, 25 September 2008
LATAR BELAKANG SEKOLAH
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Di peringkat awal menumpang di Sekolah Kebangsaan Pendang. Pendaftaran awalnya adalah di atas nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua. Pada ketika itu jumlah bilangan pelajar seramai 223 orang. Iaitu pelajar ( Tingkatan1 seramai 103 orang ) dan Tingkatan 2, 120 orang. Kesemua pelajar ini diambil khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang. Manakala bilangan seramai 18 orang termasuk 1 pembantu Tadbir dan 1 Pembantu Am Rendah.
 

Pada tanggal 10 April 1996 berpindah ke bangunan sendiri di Kg Banggol Pauh. Mengandungi 6 blok, 1 Dewan Besar dan 1 Kafeteria.
 
 
Pada tarikh 1 Disember 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung. Terdapat 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Pada sesi pagi untuk pelajar Tingkatan 1,3,4 dan 5. Manakala sesi petang pula hanya untuk pelajar Tingkatan 2 sahaja.
  
Jarak antara sekolah dengan pekan Pendang kira-kia 2km, manakala jarak di antara sekolah dengan Bandar Alor Setar ialah 16km.

LOGO SEKOLAH

 WARNA DAN TAKRIF :
Ungu - Warna identiti sekolah
Merah - Keberanian, tidak mudah putus asa dan penuh keyakinan
Kuning - Martabat, kedaulatan dan tatasusila
Hijau - Keharmonian, keagamaan dan penyayang
 
STRUKTUR, KOMPOSISI DAN TAKRIF
 Mata Pena           :     Pendidikan ke arah melahirkan insan yang berkeupayaan melahirkan fikiran yang bernas dan
                                    insan yang cintakan ilmu pengetahuan
 
Tiga Buah Buku   :   Penguasaan ilmu berteraskan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
 
Roda Enijn             :     Pendidikan berteraskan Sains dan Teknologi
 
Simbol Q                :     Pendidikan berkkualiti
 
Simbol O                :     Mengutamakan ‘Zero defect’
 
Simbol Bulatan     :   Pendidikan menitikberatkan kesepaduan dan kesemimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan
                                     jasmani
 
Rupa perisai         :  Cita-cita mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara secara bersepadu dan kesanggupan
                                  menghadapi apa juga halangan
 
MOTO“BERILMU, BERIMAN, BERAMAL”
 
TEMA“KE ARAH KEUNGGULAN DAN KESEJAHTERAAN”


TAFSIRAN BENDERA SEKOLAH

 

BILANGAN JALUR  :  2 JALUR

WARNA JALUR :    Martabat, Kedaulatan dan Tatasusila, Keberanian, tidak mudah putus asa 
                               dan penuh keyakinan.

 Mata Pena           :     Pendidikan ke arah melahirkan insan yang berkeupayaan melahirkan fikiran 
                                    yang bernas dan insan 
yang cintakan ilmu pengetahuan

 Tiga Buah Buku   :     Penguasaan ilmu berteraskan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira

 Roda Enijn           :     Pendidikan berteraskan Sains dan Teknologi

 Simbol Q             :     Pendidikan berkualiti

 Simbol O             :     Mengutamakan ‘Zero defect’

 Simbol Bulatan   :     Pendidikan menitikberatkan kesepaduan dan keseimbangan dari segi 
                                   intelek, rohani, emosi dan jasmani

 Rupa perisai        :    Cita-cita mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara secara 
                                   bersepadu dan kesanggupan menghadapi apa 
juga halangan

Terakhir dikemaskini ( Friday, 08 January 2010 )